PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PASARAYA D’MART :
SATU KAJIAN DI GUGUSAN FELDA TERSANG
SINOPSIS
Kajian
yang bertajuk – Persepsi masyarakat terhadap pasaraya D’Mart: Satu kajian di
Gugusan Felda Tersang bertujuan untuk mengenal pasti tentang faktor kurang daya
tarikan dan kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart. Lokasi kajian
adalah di pasaraya D’Mart yang terdapat di Gugusan Felda Tersang. Kajian ini
menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi
tiga bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden
terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat empat persoalan kajian pada bahagian
A yang diutarakan dalam kajian ini iaitu jantina , umur , bangsa dan pekerjaan
responden. Selain itu pada bahagian B pula ialah sebanyak sembilan soalan yang
diutarakan iaitu soalan berkenaan dengan faktor kurang daya tarikan dalam
pasaraya d’mart. Manakala pada bahagian C ialah sebanyak tujuh soalan yang
telah diutarakan juga berkaitan dengan aspek persoalan kajian iaitu soalan
barkaitan dengan kesan kurang data tarika terhadap pasaraya d’mart. Data yang
diperoleh dianalisis dan dinyatakan dalam bentuk peratusan.
ISI KANDUNGAN
BIL
|
TAJUK
|
HALAMAN
|
1.
|
SINOPSIS
|
6
|
2.
|
KANDUNGAN
|
7
|
3.
|
SENARAI
PETA
|
8
|
4.
|
SENARAI
FOTO
|
8
|
5.
|
SENARAI
RAJAH
|
8
|
6.
|
PENGHARGAAN
|
9
|
7.
|
(1.0)
PENGENALAN
|
10
|
8.
|
(1.1)
OBJEKTIF KAJIAN
|
11
|
9.
|
(2.0)
LOKASI KAJIAN
|
12–
14
|
|
||
10.
|
(3.0) KAEDAH KAJIAN
(3.1) PERSAMPELAN
(3.2.1) DATA SEKUNDER
(3.2.2 ) DATA PRIMER
(3.3) TEKNIK PENGANALISAAN DATA
|
15-17
|
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
11.
|
(4.0) DAPATAN KAJIAN
(4.1) DEMOGRAFI RESPONDEN
(4.2) Analisis faktor kurang daya tarikan terhadap pasaraya
d’mart (4.3) Analisis kesan
kurang daya tarikan tehadap pasaraya d’mart
|
18
– 28
|
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
12.
|
(5.0)
RUMUSAN
|
29-30
|
13.
|
RUJUKAN
|
31
|
14.
|
LAMPIRAN
|
32-35
|
SENARAI
PETA
No Peta Halaman
1. Peta
Gugusan Felda Tersang 1 ,2,3. 13
SENARAI FOTO
No Foto Halaman
1. Foto
Pasaraya D’mart 14
SENARAI
RAJAH 1
No Rajah Halaman
1.
Jantina 18
2.
Pekerjaan 19
3.
Umur 20
4.
Status 21
SENARAI RAJAH 2
No.
Rajah Halaman
1. Faktor
kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart 22
2. Kesan
kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart 26
PENGHARGAAN
Alhamdullilah,bersyukur
ke atas ilahi dengan izin dan rahmat-Nya
serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyelesaikan tugasan ini dengan
jayanya.Pertamanya, saya ingin melafazkan
ucapa penghargaan ini kepada guru pembimbing PRUT 2 yaitu,Cik.Nur
Ashikin bt.Hj.Zakaria kerana dengan bantuan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
berjayanya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan
moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini Ucapan
penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan dan penduduk Felda
Tersang yang memberi kerjasama dan
bantuan kepada saya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan
yang saya uterakan kepada mereka serta menjawab soal selidik yang telah saya
edarkan kepada mereka.Akhir madah, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam membantu saya ketika pembikinan
kerja kursus ini.
Terima
kasih.
1.0
PENGENALAN
Setiap
Felda Tersang mempunyai pasaraya D’Mart . Pasaraya D’Mart merupakan pasaraya
yang menyediakan kemudahan kepada penduduk di Felda Tersang dengan cara ambil
barang dan bayar kemudian.Dengan cara ini secara tidak langsung dapat
memudahkan penduduk untuk membeli barang tanpa perlu pergi ke Bandar Raub untuk
membeli, namun masih ramai yang rasa tidak berpuas hati kerana terdapat
kekurangan yang ada di pasaraya D’Mart.Kajian menjalankan tentang persepsi
masyarakat terhadap pasaraya d’mart : satu kajian di Gugusan Felda Tersang
Terdapat beberapa perkara yang telah
menyebabkab berlakunya masalah kurangnya
daya tarikan dalam perniagaan D’Mart yang telah mengakibatkan kekurangan
pelanggan. Antara faktor-faktor kurangnya daya tarikan ialah susun atur
barangan dalam sesebuah premis perniagaan D’Mart.Hal ini kerana terdapat
beberapa premis perniagaan lain di Felda Tersang seperti perniagaan koperasi
dan perniagaan runcit yang turut mengalami masalah kurangnya daya tarikan.
D’mart adalah sebuah organisasi sukarela
yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhidmatanya dan yang
sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan
masyarakat, bangsa, politik mahupun agama. Selain itu d’mart juga menyediakan
pendidikan dan latihan untuk anggotanya,wakil yang dipilih, pengurus serta
kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada
pembangunan d’mart. D’mart memberi maklumat kepada rakyat umum khusunya kepada
remaja dan pemimpin masyarakat.d’mart juga berusaha untuk mendapatkan
pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui
oleh anggotanya.
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat
2 objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun
1.1.1
Mengenalpasti
faktor kurang daya tarikan pasaraya
d’mart di Gugusan Felda Tersang,Raub
Pahang.
1.1.2
Mengkaji
tentang kesan kurangnya daya tarikan terhadap
pasaraya d’mart di Gugusan Felda Tersang,Raub Pahang.
2.0
LOKASI KAJIAN
Dalam
membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan
kajian ini adalah berfokus di kawasan tanah pertanian yang terdapat di Daerah
Raub Pahang. Anatara kawasan partanian yang terdapat di Daerah Raub Pahang
ialah Gugusan Felda Tersang,Raub Pahang
Darul Makmur. Felda Tersang ini terletak di sempadan daerah Raub dan Daerah
Kuala Lipis iaitu bersebelahan dengan tanah rancangan Felda Sungai Koyan,Kuala
Lipis. Parjalanan yang akan diambil dari Felda Tersang ke Bandar Raub ialah
lebih kurang tiga puluh minit,dari Felda Tersang ke Felda Sungai Koyan lima
belas minit dan dari Felda Tersang ke Cameron Highlands ialah enam puluh minit.
Berdasarkan sumber maklumat yang
diperolehi,pembangunan felda tersang 1 bermula pada tahun 1973 sehingga tahun
1979. Hal ini berlaku apabila seluas 2,049.72 hektar tanah telah diteroka bagi
mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit sebagai tempat untuk dijadikan sumber
pendapatan utama penduduk Felda Tersang 1.
Pada September 1981,peneroka telah
memasuki kawasan Felda,iaitu seramai 209 orang peneroka dan pada Disember
1982,diikuti dengan peringkat yang kedua iaitu seramai 91 orang peneroka.pada
peringkat ketiga pula ialah November 1983,seramai 93 orang dan manakala pada
peringkat keempat ialah pada Disember 1983 seramai 44 orang peneroka. Jumlah
keseluruhan peneroka Felda Tersang 1 ialah seramai 437 orang. Penempatan
seramai 437 peneroka Felda Tersang 1 adalah sangat terhad dan mengikut blok.
Terdapat beberapa buah blok di Felda Tersang 1 dan setiap blok mempunyai
seorang ketua yang dipanggil ketua blok, bertujuan bagi melancarkan pengurusan
di Felda.
Seterusnya, pembangunan Felda Tersang 2
pula bermula pada tahun 1974 sehingga tahun 1979 apabila seluas 1,133.33 hektar
tanah dimajukan dengan penanaman kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan
utama penduduk Felda Tersang 2.
Peneroka yang memasuki Gugusan Felda
Tersang 2 adalah mengikut peringkat seperti peneroka Felda Tersang 1. Kemasukan
peringkat 1 adalah pada awal tahun 1984 iaitu seramai 90 orang peneroka telah
memasuki tanah rancangan. Pada peringkat ke 2 pula ,iaitu pada akhir tahun 1984
seramai 80 orang peneroka. Seterusnya diikuti peringkat ke 3,pada tahun 1985
seramai 37 orang peneroka. Terakhir peringkat 4 pada tahun 1987 seramai 60
orang peneroka. Penempatan seramai 267 peneroka di Felda Tersang 2. Setiap blok
terdapat seorang ketua dipanggil Ketua Blok, bertujuan bagi melancarkan
pengurusan di Felda.
Seterusnya, pembangunan Felda Tersang 3
pula bermula pada tahun 1975 sehingga
1979 apabila seluas 1.243.55 hektar tanah dimajukan dengan penanaman kelapa
sawit yang telah menjadi sumber pendapatan utama penduduk Felda Tersang 3.
Kemasukan peneroka di Felda Tersang 3 juga
seperti kemasukan peneroka di Felda Tersang 1 dan 2 iaitu dengan cara mengikut
peringkat. Kemasukan pada peringkat pertama ialah pada awal tahun 1988 iaitu
seramai 97 orang peneroka telah memasuki tanah rancangan. Pada peringkat 2 pula
ialah pada akhir tahun 1989 seramai 78 orang peneroka dan diikuti pada
peringkat ke 3 pada tahun 1990 seramai 45 orang peneroka dan yang terakhir
ialah pada peringkat ke 4 pada akhir tahun 1990 seramai 55 orang peneroka.
Penempatan seramai 275 peneroka Felda Tersang 3 adalah sangat terancang dan
mengikut blok. Setiap blok mempunyai seorang ketua yang dipanggil ketua
blok,bertujuan bagi melancarkan pengurusan di Felda.
Peta 1 : Menunjukkan
Tersang 1 Peta 2 : Menunjukkan
Tersang 2 Peta
3 : Menunjukkan Tersang 3
2.1
PASARAYA D’MART
Di
Gugusan Felda Tersang terdapat sebuah pasaraya D’Mart yang terletak di Felda
Tersang 3 dan bersebelahan dengan petronas Tersang. Kawasan pasaraya d’mart
merupakan kawasan yang sangat strategik kerana kawasannya terletak di jalan
utama Tersang dan terdapat beberapa buah kadai makan maka secara tidak langsung
kawasan tersebut merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai tarikan yang
sangat tinggi dari pelanggan namun kelemahan yang terdapat dalam pasaraya
d’mart yang menjadi punca berlakunya kekurangan pelanggan. Keluasan tapak di
pasaraya d’mart juga besar dan luas berbeza dengan keluasan tapak pasaraya
koperasi yang terdapat di Gugusan Felda Tersang. Pada mulanya pasaraya d’mart
terletak di hadapan deretan kedai runcit mara namun setelah sekian lama
pasaraya d’mart ditutup pada tahun 2009 wujudnya sebuah pasaraya d’mart yang
baru dibuka dan menyadiakan pelbagai kemudahan serta keperluan penduduk
setempat. Pada mulanya di setiap Felda
Tersang terdapat sebuah pasaraya d’mart namun kini yang hanya berfungsi adalah
pasaraya d’mart Felda Tersang 3 sahaja kerana kawasannya yang strategik untuk
pelanggan. Buat pengetahuan umum di Felda Tersang terdapat tiga buah pasaraya
d’mart,namun hanya satu sahaja yang masih dibuka dan yang dua lagi sudah
ditutup kesan daripada kekurangan pelanggan serta kesan-kesan yang lain.
Pasaraya d’mart yang masih di buka dan masih menjalankan aktiviti perniagaan
adalah pasaraya d’mart yang terletak di Felda Tersang tiga bersebelahan dengan
petronas Felda Tersang.
FOTO PASARAYA D’MART
3.0 KAEDAH KAJIAN
Antara tujuan menyediakan kajian adalah
untuk menghubung kaitkan persoalan atau objektif dengan hasil kajian. Reka
bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kuantitatif dan
kualitatif kaedah persampelan digunakan
kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah dengan objektif
yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrumen borang kaji selidik
yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (marsen
et.al 1998). Oleh itu saya menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus
ini.
3.1 PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan
persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan untuk menjawab
objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah
dipilih untuk menjawab boring soal selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk
tempatan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), di mana
lebih kurang 20 merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis
data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan
mereka untuk menjawab boring soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira
semasa proses pemilihan responden
adalah, mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal berdekatan
dengan kawasan kajian. Hal ini adalah kerana, mereka yang merasai perbezaan
perniagaan francais dengan perniagaan lain. Selain itu, responden haruslah
berumur 20 tahun dan ke atas kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat
keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
3.2 PENGUMPULAN
DATA
3.2.1
DATA SEKUNDER
Selain
itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang faktor kurangnya daya tarikan
dalam pasaraya D’mart yang berlaku di Malaysia. Data-data dan maklumat yang
dapat saya kumpulkan itu sangat berguna dalam kajian saya ini. Tanpa data dan
bukti-bukti kukuh, kajian ini akan dianggap lemah. Jika ada masalah, saya akan
sentiasa berbincang dengan guru pengajian am
terlebih dahulu. Melalui rujukan di perpustakaan saya merasakan amat
berpuas hati kerana terdapat banyak bahan yang saya dapat perolehi dan secara
tidak langsung akan memudahkan lagi kajian saya di jalankan. Mencari maklumat
di internet juga lebih memudahkan saya untuk mencari maklumat mengenai kajian
yang saya jalankan.
Saya
telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti faktor kurangnya daya tarikan
dalam pasaraya D’mart. Kajian Tinjauan Pemerhatian ini di lakukan secara
individu Hanya maklumat yang paling
sesuai yang akan dipilih. Saya juga
dapat merakamkan gambar pasaraya D’mart yang ditinjau tersebut.
3.2.2
DATA PRIMER
a)
Pemerhatian
Saya
telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti faktor kurangnya daya tarikan
dalam pasaraya D’mart. Kajian Tinjauan Pemerhatian ini di lakukan secara
individu Hanya maklumat yang paling
sesuai yang akan dipilih. Saya juga
dapat merakamkan gambar pasaraya D’mart yang ditinjau tersebut
b)
Temubual
Seterusnya saya telah menemubual beberapa
orang penduduk Felda Tersang untuk mengetahui pendapat dan pengetahuan mereka
mengenai pasaraya D’mart. Temu bual dijalankan kepada penduduk Felda Tersang
yang telah lama menetap di Felda Tersang kerana mereka lebih mengetahui tentang
pasaraya D’mart. . Mereka telah diajukan beberapa soalan berhubung pelbagai
perkara bagi mendapatkan pandangan mereka. Kesemua responden memberi kerjasama
yang baik dalam kajian ini.
c)
Borang soal selidik
Saya
juga telah menyediakan 10 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk
Felda Tersang yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan (
borang soal selidik – sila rujuk lampiran ).Soal selidik ini adalah merupakan
kaedah yang utama dalam pengumpulan data.Penggunaan borang soal selidik ini
memerlukan strategi yang berkesan untuk mereka cipta bentuk soalan soal selidik
yang bersesuaian supaya tidak berlaku sebarang masalah kepada mana-mana pihak
yang terlibat.Kaedah ini juga adalah kaedah yang kerap digunakan oleh para
pelajar untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian yang akan
dijalankan.Borang soal selidik ini hendaklah bersesuaian dengan objektif serta rangka yang telah ditetapkan
oleh pengkaji. Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah difahami
oleh setiap responden.Hal ini supaya
responden dapat memahami kehendak soalan semasa menjawab soalan dan mengelak
daripada memberi jawapan yang kurang tepat.
3.3 TEKNIK
PENGANALISAAN DATA
Data
analisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, minda juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal
selidik yang diedarkan kepada responden.Tahap analisis dicapai apabila data
yang diperolehi dipastikan, disunting
dan ditukarkan kepada angka.Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis
dipersembahkan dalam bentuk carta pai,graf bar mudah dan jadual
4.0
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian
ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan daripada boring soal selidik yang telah dibuat dan diisi oleh para
responden. Data yang telah dimasukkan telah dianalisis bagi mendapatkan
penerangan yang lebih jelas seperti nilai peratusan,taburan kekerapan dan
purata.
4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
4.1.1 JANTINA
Rajah
1 : Menunjukkan perbezaan mengikut jantina
Rajah
1 menunjukkan peratus responden yang telah dikaji berdasarkan jantina penduduk
yang tinggal di Gugusan Felda Tersang. Purata peratus jantina yang paling
tinggi ialah perempuan iaitu sebanyak 53% (16) daripada 30 orang responden dan
seterusnya purata peratus jantina paling rendah ialah lelaki iaitu sebanyak 47%
(14) daripada 30 orang responden. Beza
peratus antara jantina lelaki dan perempuan ialah sebanyak 6%,hal ini kerana
terdapat ramai perempuan telah menjadi janda yang tinggal di Felda Tersang maka
secara tidak langsung peratus bagi penduduk lelaki di Felda Tersang akan
merosot sekiranya dibandingkan dengan peratus bagi penduduk perempuan di Felda
Tersang. Kajian berdasarkan jantina ini dilakukan agar dapat mengetahui
pendapat masing-masing mengenai faktor kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart
yang terdapat di Felda Tersang. Perbezaan jantina dan individu yang akan
mewujudkan pelbagai pendapat serta pandangan mengenai faktor-faktor tersebut.
Melalui faktor serta kesan yang telah tersenarai dalam kertas soal selidik yang
telah diedarkan kepada penduduk Felda Tersang maka secara tidak langsung akan
memudahkan lagi responden-responden untuk
memberikan jawapan yang tepat pada ruangan ya atau tidak pada lampiran
yang telah tersedia berdasarkan pendapat dan pandangan masing-masing.
4.1.2
PEKERJAAN
Rajah
2 : Menunjukkan perbezaan mengikut pekerjaan
Rajah
2 menunjukkan peratus jumlah responden yang telah dikaji berdasarkan perbezaan
mengikut pekerjaan penduduk yang tinggal di Gugusan Felda Tersang. Purata
peratus penduduk Felda Tersang yang bekerja ialah 40% (12) daripada 30 orang responden manakala
peratus bagi penduduk Felda Tersang yang tidak bekerja ialah 60% (18) daripada
30 orang responden. Berdasarkan rajah di atas peratus tertinggi ialah penduduk
yang tidak bekerja, hal ini kerana di Felda Tersang kurang peluang pekerjaan terutamanya bagi golongan
perempuan. Purata peratus terendah bagi rajah 2 ialah penduduk yang bekerja
namun terdapat juga sesetengah penduduk yang bekerja luar dari kawasan Felda
Tersang seperti guru-guru yang menetap di Felda Tersang terpaksa bekerja di
Sekolah Sungai Koyan,penduduk yang bekerja di kilang seperti kilang sawit terpaksa pergi kekilang kampung
Tersang dan penduduk selebihnya hanya bekerja di dalam kawasan Felda Tersang.
Beza antara peratus bagi penduduk Felda Tersang yang bekerja dan tidak bekerja
ialah 20%.Kajian berdasarkan pekerjaan ini dilakukan agar dapat mengetahui
pendapat masing-masing mengenai faktor kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart
yang terdapat di Felda Tersang. . Melalui faktor serta kesan yang telah
tersenarai dalam kertas soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk Felda
Tersang maka secara tidak langsung akan memudahkan lagi responden-responden untuk memberikan jawapan yang tepat pada ruangan ya
atau tidak pada lampiran yang telah tersedia berdasarkan pendapat dan pandangan
masing-masing.
4.1.3
UMUR
Rajah
3 : Menunjukkan perbezaan mengikut umur
Rajah
3 menunjukkan peratus jumlah responden yang telah dikaji berdasarkan perbezaan
mengikut umur penduduk di Gugusan Felda Tersang. Purata peratus tertinggi bagi
umur penduduk Felda Tersang ialah lingkungan umur 31 hingga 50 tahun iaitu sebanyak 57% (17) daripada 30 orang
responden. Manakala purata peratus paling rendah ialah lingkungan umur 20
hingga 30 tahun iaitu sebanyak 43% (13) daripada
30 orang responden. Beza antara peratus bagi umur penduduk yang tinggal di
Felda Tersang ialah 14%,hal ini kerana terdapat ramai anak-anak muda di Felda
Tersang yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun telah berhijrah ke luar bagi
mencari pekerjaan dan ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi
seperti di UITM Jengka,UUM Kedah dan lain-lain,justeru itu penduduk yang masih tinggal di Felda Tersang hanyalah
penduduk yang berumur lingkungan 31 hingga 50 tahun. Perbezaan umur ini yang
akan menghasilkan perbezaan dari segi pendapat dan pandangan masing-masing.
Kajian berdasarkan umur ini dilakukan agar dapat mengetahui pendapat
masing-masing mengenai faktor kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart yang
terdapat di Felda Tersang. Melalui faktor serta kesan yang telah tersenarai
dalam kertas soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk Felda Tersang
maka secara tidak langsung akan memudahkan lagi responden-responden untuk memberikan jawapan yang tepat pada ruangan ya
atau tidak pada lampiran yang telah tersedia berdasarkan pendapat dan pandangan
masing-masing.
4.1.4
STATUS
Rajah
4 : Perbezaan mengikut status
Rajah
4 menunjukkan peratus jumlah responden yang telah di kaji berdasarkan perbezaan
mengikut status penduduk yang tinggal di Gugusan Felda Tersang. Purata peratus
paling tinggi berdasarkan rajah tersebut ialah status penduduk yang telah
berkahwin iaitu sebanyak 53% (16) daripada 30 orang responden.selain itu purata
peratus paling rendah ialah status penduduk yang belum berkahwin iaitu sebanyak
47% (14) daripada 30 orang respoden. Beza antara paratus bagi status penduduk
yang telah berkahwin dan yang belum berkahwin ialah sebanyak 6%,hal ini kerana
kebanyakan penduduk yang belum berkahwin mereka selalunya bekerja dan menetap
di luar kawasan Felda Tersang. Terdapat segelintir daripada mereka yang sudah
berkahwin dan mengikut pasangannya dan terdapat juga yang keluar daripada
Gugusan Felda Tersang atas urusan kerja dan juga ingin menyambung pengajian di
institusi-institusi pengajian tinggi yang terdapat diseluruh Malaysian. Selain
itu terdapat juga sesetengah penduduk yang berhijrah keluar kerana ingin
mengubah taraf hidup,hal ini kerana mereka berpendapat bahawa dengan hidup di
Gugusan Felda Tersang tidak akan dapat memberi kesenangan untuk hidup kerana
pendapatan yang mereka dapat untuk setiap bulan tidak mencukupi bagi menyara
hidup seisi keluarga,justeru mereka berhijrah keluar untuk mencari pendapatan
yang lebih lumayan untuk mengubah nasib hidup. Perbezaan status ini yang akan menghasilkan perbezaan dari
segi pendapat dan pandangan masing-masing. Kajian berdasarkan status ini
dilakukan agar dapat mengetahui pendapat masing-masing mengenai faktor kurang
daya tarikan bagi pasaraya d’mart
4.2
ANALISIS FAKTOR KURANG DAYA TARIKAN TERHADAP PASARAYA D’MART
RAJAH
1
Graf
di atas menunjukkan perbezaan pendapat atau pandangan daripada masyarakat yang
menetap di Gugusan Felda Tersang berkenaan dengan tajuk yang telah disediakan di dalam kertas soal
selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden yang merupakan
keseluruhan respoden berasal dari
Gugusan Felda Tersang. Tajuk yang telah disediakan di dalam kertas soal
selidik adalah berkenaan dengan faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya
d’mart yang terdapat di Gugusan Felda Tersang.
Berdasarkan graf di atas terdapat sembilan soalan yang telah dinyatakan dengan
berpandukan soalan-soalan yang terdapat di dalam kertas soal selidik dan ternyata
terdapat pelbagai keputusan yang telah dibuat oleh 30 orang responden.Selain
itu, soalan berkenaan dengan harga barang yang mahal merupakan soalan yang paling tinggi
jumlahnya bagi keputusan ya iaitu
sebanyak 70% (21) berbanding dengan keputusan yang terendah ialah soalan
pengurusan masa dan layanan mesra iaitu sebanyak 47% (14) ,justeru dapat
dilihat bahawa harga barang yang mahal merupakan faktor utama bagi faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart.
Selain itu jumlah tertinggi bagi keputusan tidak ialah bagi soalan pengurusan masa dan layanan
mesra iaitu sebanyak 53% (16)berbanding
dengan jumlah terendah bagi soalan harga barangan yang mahal dengan jumlahnya
sebanyak 30% (9).
Perbezaan bagi keputusan ya atau
tidak telah dirujuk berdasarkan semua
hasil keputusan daripada kertas soal selidik yang telah ditanda oleh penduduk
Felda Tersang. Jelaslah di sini bahawa masyarakat Tersang lebih ramai memilih
keputusan tidak bagi soalan yang
berkenaan dengan pengurusan masa. Jumlah keputusan yang dapat dilihat adalah
sebanyak 53% (16),hal ini kerana kebanyakan penduduk yang tinggal di Gugusan
Felda Tersang berpendapat bahawa di pasaraya d’mart selalunya dibuka tepat pada
waktunya namun terdapat juga segelintir penduduk yang membuat keputusan ya
dengan jumlah sebanyak 47% (14)dan mereka berpendapat bahawa mereka sering
meminta pekerja yang bekerja di pasaraya d’mart untuk menghantarkan barang yang
dibeli namun sering sahaja berlaku masalah kelewatan penghantaran barang dan
kesan daripada iulah yang membuatkan penduduk Felda Tersang berasa tidak
berpuas hati.
Soalan bagi kedudukan barang juga
merupakan soalan yang sering dikaitkan dengan faktor kurangnya daya tarikan
dalam pasaraya d’mart. Hal ini kerana kebanyakan penduduk Felda Tersang memilih
keputusan ya dengan jumlahnya sebanyak 67% (20). Keputusan yang di buat oleh
penduduk adalah berdasarkan apa yang dapat mereka lihat apabila setiap kali
pergi membeli ke pasaraya d’mart. Ternyata kebanyakan daripada mereka merasakan
tidak selesa apabila hendak membeli barang dan mereka berasa serabut untuk
mencari barang kerana kedudukan atau penyusunan barang yang terdapat di
pasaraya d’mart tidak teratur dan berselerak serta menyukarkan mereka untuk
mencari barang yang ingin dibeli. Dapat dilihat juga bahawa masalah bagi soalan
tempoh barangan juga mendapat keputusan ya yang lebih tinggi berbanding tidak.
Beza jumlah bagi soalan tempoh barangan adalah bagi keputusan ya jumlahnya
sebanyak 53% (16) dan bagi keputusan tidak
ialah sebanyak 47% (14) maka jelaslah disini bahawa kebanyakkan barang
yang dijual di d’mart telah tamat tempoh namun masih dijual. Masalah barangan
tamat tempoh ini adalah berpunca daripada kekurangan pelanggan dan juga
penglebihan stok,apabila masalah seperti ini berlaku maka barang yang sedia ada
akan tamat tempoh kerana tiada pelanggan yang ingin membeli.
Dapat dilihat juga di pasaraya d’mart
sering berlaku masalah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi yang telah
menyebabkan berlakunya masalah kekurangan pelanggan,justeru wajarlah apabila di
tanya di dalam kertas soal selidik berkaitan dengan perkhidmatan yang
disediakan ramai penduduk Felda Tersang lebih memilih untuk menjawab ya
berbanding tidak. Hal ini kerana,ramai penduduk yang ingin menggunakan
perkhidmatan di pasaraya d’mart namun tidak mencukupi,justeru penduduk berasa
tidak berpuas hati. Perkhidmatan seperti penghantaran barangan kerumah amatlah
diperlukan oleh penduduk Felda Tersang terutamanya barangan yang dibeli
berkuantiti berat seperti beras,tong gas dan sebagainya. Perkhidmatan seperti
ini diperlukan kerana majoriti penduduk Felda Tersang sudah berusia dan tidak
berupaya untuk membawa barangan-barangan tersebut dengan menggunakan kenderaan
sendiri. Berdasarkan graf,peratus bagi jawapan ya atau tidak berkenaan dengan masalah perkhidmatan yang
disediakan tidak mencukupi adalah, jawapan ya
mempunyai peratus sebanyak 63% (19) berbanding dengan jawapan tidak
sebanyak 37% (11). Perbezaan peratus ini yang telah membuktikan bahawa
kebanyakkan penduduk tidak berpuas hati dengan pasaraya d’mart.
Selain itu, terdapat juga masalah kurang
pilihan barangan yang disediakan,hal ini kerana ramai penduduk Felda Tersang
yang selalu pergi ke pasaraya d’mart ingin membeli barang namun pasaraya d’mart
tidak menyediakan barang tersebut dan telah menyebabkan wujudnya masalah
kekurangan pelanggan. Apabila sesebuah premis perniagaan itu mempunyai masalah
kurang pilihan barangan yang disediakan kepada pengguna maka secara tidak
langsung akan membuatkan pelanggan kurang berminat untuk berkunjung ke premis
perniagaan itu lagi. Paratus bagi masalah ini dapat dilihat di dalam graf yang
telah disediakan iaitu bagi jawapan ya peratus bagi yang menjawab ya ialah
sebanyak 57% (17) dan peratus bagi yang
menjawab tidak ialah sebanyak 43% (13). Jelaslah disini bahawa memang masalah
kurang pilihan barangan sering berlaku dalam pasaraya d’mart.
Selain daripada masalah kekurangan pilihan
barangan timbul dalam masalah kekurangan pelanggan dalam pasaraya d’mart
terdapat juga masalah kurang memberi layanan mesra kepada pelanggan yang datang
membeli ke pasaraya d’mart dan masalah ini lah yang telah menyebabkan pasaraya
d’mart kuarang mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat
yang menetap di Gugusan Felda Tersang. Masalah seperti ini telah terbukti
wujudnya dalam pasaraya d’mart apabila terdapat
responden yang menjawab ya dan ada juga yang menjawab tidak. Namun
apabila di beri borang soal selidik kepada penduduk ramai yang memilih tidak berbanding ya. Peratus bagi yang menjawab ya ialah sebanyak
47% (14) dan bagi yang menjawab tidak
ialah 53% (16). Dalam pasaraya d’mart terdapat juga masalah pengurusan
sumber yang tidak mencukupi seperti pekerja yang terdapat dalam pasaraya d’mart
tidak ramai. Apabila masalah seperti ini wujud dalam pasaraya d’mart maka
secara tidak langsung menyukarkan pelanggan untuk membeli di pasaraya d’mart.
Masalah seperti ini dapat dilihat apabila pelanggan datang membeli terpaksa
menimbang sendiri barang yang dibeli seperti bawang,kentang,lada kering,gula
dan sebagainya kerana pekerja yang ada hanyalah bekerja di bahagian kaunter dan
bahagian-bahagian seperti menimbang tiada. Masalah seperti ini berlaku mungkin
disebabkan pengurus perniagaan ingin menyimpan bajet tanpa perlu membayar gaji
pekerja yang ramai,justeru beliau lebih memilih untuk menyediakan sumber
manusia yang sedikit tanpa perlu memikirkan kesan kekurangan sumber manusia
terhadap sesebuah perniagaan itu . Peratus ya
atau tidak bagi soalan yang
berkaitan dengan masalah pengurusan sumber yang tidak mencukupi ialah 70% (21)
bagi yang menjawab keputusan dalam ruangan ya dan sebanyak 30% (9) bagi yang menjawab keputusan dalam
ruangan tidak.
Kesimpulanya adalah setiap faktor yang wujud dan yang telah menyebabkan
berlakunya masalah kekurangan pelanggan telah dibuat dangan berdasarkan segala
apa yang telah terjadi di pasaraya d’mart Tersang. Setiap jawapan yang di
berikan oleh penduduk Gugusan Felda Tersang adalah di buat dengan berdsarkan
segala apa yang pernah mereka alami dan oleh kerana itu telah wujudnya segala
pendapat dan pandangan yang berbeza daripada setiap individu.
4.3
ANALISIS KESAN KURANG DAYA TARIKAN TERHADAP PASARAYA D’MART
Rajah
2
Graf
di atas menunjukkan perbezaan pendapat atau pandangan daripada masyarakat yang
menetap di Gugusan Felda Tersang berkenaan dengan tajuk yang telah disediakan di dalam kertas soal
selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden yang merupakan keseluruhan
respoden berasal dari Gugusan Felda
Tersang. Tajuk yang telah disediakan di dalam kertas soal selidik adalah
berkenaan dengan kesan kurang daya
tarikan dalam pasaraya d’mart yang terdapat di Gugusan Felda Tersang
Berdasarkan graf diatas soalan bagi barangan
terhad iaitu merupakan soalan yang mencapai keputusan tertinggi dalam keputusan
ya iaitu jumlah bagi soalan tersebut adalah 70% (21) berbanding dengan
keputusan bagi soalan kekurangan pelanggan dan tingkatkan kos yang mempunyai jumlah sebanyak 53% (16).
Berdasarkan keputusan tersebut maka ternyatalah soalan bagi pilihan masyarakat
terhadap barangan yang disediakan sangat terhad merupakan kesan utama bagi
kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart,hal ini kerana jumlah
masyarakat yang menetap di Gugusan Felda Tersang ramai bilangannya dan
sekiranya pasaraya yang terdapat di Gugusan Felda Tersang menyediakan barangan
jualan yang sedikit dan tidak menepati jumlah bilangan masyarakat yang ada di
Felda Tersang,maka secara tidak langsung masyarakat sendiri akan berasa tidak
berpuas hati dan akan wujudlah masalah barangan terhad. Selain itu jumlah soalan
tertinggi bagi keputusan tidak ialah
tingkatkan kos iaitu jumlahnya sebanyak 47% (14)berbanding dengan keputusan terendah ialah
bagi soalan barangan terhad iaitu jumlahnya sebanyak 30% (9).
Selain itu bagi masalah tiada pulangan
modal kebanyakkan penduduk lebih memilih keputusan ya,hal ini kerana apabila
sesebuah perniagaan tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan maka secara
tidak langsung perniagaan tersebut akan mengalami masalah kekurangan modal atau
tiada pulangan modal untuk meneruskan lagi perniagaannya. Masalah seperti ini
selalunya pengurus perniagaan yang akan menanggung risiko dan akan menanganinya
dengan cara tersendiri. Seterusnya bagi soalan mengenai kurang kepercayaan
pemborong,ramai penduduk Gugusan Felda Tersang lebih memilih untuk membuat
keputusan ya berbanding tidak. Jumlah bagi keputusan ya ialah sebanyak 67% (
20) dan jumlah bagi keputusan tidak
ialah sebanyak 33% (10). masalah kurang kepercayaan pemborong ini wujud
adalah kesan daripada masalah yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan pasaraya
tersebut seperti apa yang sedang berlaku di Gugusan Felda Tersang iaitu masalah
kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart. Apabila masalah seperti ini wujud
bagi sesbuah perniagaan maka secara tidak langsung pemborong-pemborong yang
memborong barangan kepada sesebuah pasaraya akan mengalami ketidakpercayaan
terhadap perniagaan tersebut kerana bimbang akan merugikan syarikat pemborong,justeru
setiap masalah yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan secara tidak langsung
akan memberi kesan kepada setiap pemborong.
Seterusnya bagi masalah berkenaan dengan soalan
penglebihan stok, kebanyakan penduduk
yang menetap di Gugusan Felda Tersang lebih memilih keputusan ya berbanding
keputusan tidak. Jumlah bagi keputusan ya ialah 57% (17) dan jumlah bagi
keputusan tidak ialah 43% (13). Masalah
seperti ini akan wujud apabila sesebuah premis perniagan kurang mendapat
sambutan daripada masyarakat dan kekurangan tersebut yang akan membuatkan
barang yang ada di premis tersebut berlebihan kerana tiada pelanggan yang
membeli,justeru pihak pengurusan perlulah melakukan sesuatu bagi menyelesaikan
masalah ini. Apabila berlakunya masalah penglebihan stok maka akan wujudlah
masalh kekurangan barangan yang disediakan kerana pengurus mungkin tidak akan
mengambil lagi barangan untuk perniagaannya. Apabila masalah seperti ini
berlaku dalam sesebuah organisasi maka perniagaan tersebut secara tidak langsung
akan mengalami kerugian yang berlipat kali ganda berbanding keuntungan yang
sepatutnya mereka perolehi daripada perniagaan tersebut. Maslah penglebihan
stok ini juga akan menyebabkan sesebuah perniagaan atau organisasi mengalami
masalah pulangan modal hal ini kerana apabila barangan yang disediakan tidak
mendapat sambutan maka pengurus perniagaan tidak mendapat pulangan modal hasil
daripada pengeluaran modal untuk menyediakan stok-stok tersebut.
Berpandukan graf yang telah tersedia maka
peratus bagi penduduk Felda Tersang yang menjawab ya bagi soalan berkenaan
dengan pengurus perniagaan terpaksa meningkatkan kos untuk tarikan pelanggan
ialah sebanyak 53% (16) berbanding dengan penduduk Felda Tersang yang menjawab
tidak ialah sebanyak 47% (14). Apabila sesebuah perniagaan itu
mengalami masalah kekurangan pelanggan maka memang wajarlah bagi sesebuah
perniagaan tersebut mengeluarkan atau meningkatkan lagi kos bagi menarik semula
perhatian pelanggan untuk berkunjung ke premis perniagaannya. Kos yang dikeluarkan
adalah bertujuan untuk menarik pelanggan dengan cara membuat penambahbaikan
dalam premis seperti menyusun atur barangan,memperbesarkan lagi ruangan dalam
premis, menyediakan label-label bagi setiap rak barang dan sebagainya. Selain
itu pengurus perniagaan juga terpaksa mengeluarkan kos untuk mambuat iklan
untuk perniagaannya seperti membuat kain rentang dan digantungkan di tepi-tepi
jalan, menyiarkan iklan didalam rancangan-rancangan televisyen,surat khabar dan
sebagainya. Bagi membuatkan iklan seperti ini yang memerlukan kos tinggi serta
pengurus perniagaan perlu bijak mengatur dan merancang strategi. Kerana
sekiranya pengurus tidak mampu membuat perancangan yang bijak untuk sesebuah
oganisasi atau perniagaan maka semua kos yang dikeluarkan hanya sia-sia dan
hanya mendatangkan kerugian yang berlipat kali ganda.
Kesimpulanya adalah setiap kesan yang
wujud dan yang telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan pelanggan telah
dibuat dangan berdasarkan segala apa yang telah terjadi di pasaraya d’mart
Tersang. Setiap jawapan yang di berikan oleh penduduk Gugusan Felda Tersang
adalah di buat dengan berdsarkan segala apa yang pernah mereka alami dan oleh
kerana itu telah wujudnya segala pendapat dan pandangan yang berbeza daripada
setiap individu.
5.0
RUMUSAN
Kajian
ini adalah untuk mengenal pasti faktor
yang menyebabkan berlakunya kekurangan pelanggan bagi pasaraya d’mart yang
terdapat di Gugusan Felda Tersang serta persepsi masyarakat terhadap pasaraya
tersebut. Bagi memperoleh persepsi masyarakat terhadap kajian yang telah
dijalankan maka kertas soal selidik
telah diedarkan kepada para responden untuk mendapatkan maklum balas yang boleh
memenuhi objektif kajian. Soal selidik dibahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian
A yang mengenai biodata diri responden dan bahagian B mempunyai item-item
soalan berdasarkan faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart dan
seterusnya pada bahagian C mempunyai item-item soalan berdasarkan kesan kurang
daya tarikan dalam pasaraya d’mart. Jawapan responden mengikut Skala Likert
iaitu dari amat tidak setuju hingga amat setuju. Data yang telah dikumpul
kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan
keputusan terhadap kajian yang dijalankan. Penganalisaan maklumat adalah dibuat
secara menggunakan Microsoft Excell bagi mendapatkan peratusan untuk setiap
item. Semua item bagi setiap soalan kajian kemudiannya dikumpulkan dan
dikirakan purata peratusan keseluruhannya. Dari peratusan yang didapati, dapat
dinyatakan pengaruh setiap faktor kepada peniaga yang dikaji.
Dapatan kajian
menunjukkan lebih daripada separuh responden adalah perempuan.Kebanyakan
responden memang berasal daripada
Gugusan Felda Tersang. Hampir separuh daripada responden berumur antara
31 hingga 50 tahun dan bertaraf pendidikan SRP atau PMR. Selain itu hampir
separuh daripada responden yang tidak bekerja dan hampir separuh juga responden
yang sudah berkahwin yang majoritinya menetap di Gugusan Felda Tersang. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan soalan kajian 1 menunjukkan majoriti responden
setuju bahawa pengurusan sumber manusia
yang tidak mencukupi dan harga barang yang mahal mendorong kepada
berlakunya masalah kekurangan pelanggan bagi pasaraya d’mart. Item yang
mempunyai peratusan yang terendah jikadibandingkan dengan item lain ialah item
2 dan 6, iaitu pengurusan masa yang tidak sistematik dan kurang memberi layanan
mesra kepada pelanggan.. Item 7 mempunyai peratusan yang ke dua terendah jika
dibandingkan dengan item lain, iaitu hampir separuh daripada penduduk Gugusan
Felda Tersang setuju bahawa pasaraya
d’mart kurang mengambil kira kepentingan masyarakat dan persekitaran.
Hasil dapatan keseluruhan soalan kajian 2
menunjukkan majoriti responden setuju bahawa kesan daripada kurang daya tarikan
dalam pasaraya d’mart telah menyebabkan pasaraya tersebut kekurangan pelanggan.
Antara kesan-kesan yang terdapat dalam kertas soal selidik ialah terdapat enam
kesan iaitu perniagaan kurang mendapat smbutan dari masyarakat,berlakunya
masalah kekurangan pelanggan,berlakunya penglebihan stok,pilihan masyarakat
terhadap barangan yang disediakan sangat terhad,pengurus perniagaan terpaksa
meningkatkan kos untuk pengurusan mempromosikan kedai serta mengurangkan
kepercayaan pemborong untuk membekalkan barang. Kesan ini mencapai peratusan
yang paling tinggi berbanding dengan 5 kesan yang lain. Item yang mendapat
peratusan yang tertinggi ialah item 4, iaitu majoriti penduduk Felda Tersang setuju bahawa pilihan masyarakat terhadap
barangan yang disediakan sangat terhad merupakan kesan utama yang akan berlaku
apabila kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart.
Secara keseluruhannya, soalan kajian 3
menunjukkan majoriti responden tidak setuju bahawa layanan mesra
pekerja-pekerja pasaraya d’mart yang telah mendorong berlakunya kekurangan daya
tarikan dalam pasaraya d’mart di Felda Tersang. Hal ini kerana pekerja-pekerja
yang bekerja di pasaraya d’mart semuanya peramah dan mesra dengan
pelanggan.kesan bagi soalan berkenaan dengan barangan terhad merupakan kesan yang paling rendah bagi menunjukkan penduduk
tidak bersetuju bahawa barangan terhad merupakan kesan yang terjadi daripada
masalh kekurangan daya tarikan dalam pasaraya d’mart.. Item 2 dan 6 mencapai
peratusan yang tertinggi, majoriti responden yang dikaji tidak setuju bahawa kesan
yang akan berlaku daripada kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart adalah
berlakunya masalah kekurangna pelanggan dan pengurus sesebuah organisasi
terpaksa meningkatkan kos untuk pengurusan mempromosikan kedai. Item 4 mencapai peratusan yang terendah, iaitu lebih
daripada separuh responden tidak setuju bahawa pilihan masyarakat terhadap
barangan yang disediakan sangat terhad kerana pada pendapat mereka
pasaraya d’mart menyediakan banyak
barang untuk pelanggan.
RUJUKAN
Abdul
RahimEt Al,Teng Yoon Soon,Lok Chung Hwa dan Abdullah Munsi Bin Abdul Rahim,1999
Pengajian Perniagaan,Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cheng
Wei Hin,Haslinda bte Mohd.Anuar dan Nazlina bte Zakaria,2003 Pengajian Perniagaan,Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar
Pet dan Rafidah Manap,2012. Pengajian
Perniagaan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rafidah
Manap dan Mokhtar Pet,2013 Pengajian
Perniagaan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul
Amri,1997.Pengajian Perniagaan,Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN
Unit Pengajian Am
Pengurusan Prauniversiti
SMK LKTP Tersang
27600 Raub,Pahang
SOAL SELIDIK
Tuan,Puan,Cik
sekalian.
Soal selidik yang dikemukakan ini adalah
bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor kurang daya tarikan dan
kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart di Felda Tersang. Diharapkan
tuan,puan,cik dapat memberikan kerjasama dengan jujur dan ikhlas agar kajian
ini dapat dihasilkan dengan sempurna. Sila baca arahan dengan teliti sebelum
menjawab soalan-soalan tersebut.Semua maklumat yang diberikan adalah rahsia dan
hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja. Di atas kesudian tuan,puan,cik
melibatkan diri serta memberikan kerja sama dalam menjawab soal selidik ini di
dahului dengan ucapan terima kasih.
Selamat
menjawab.
Bahagian
A
Sila
tandakan ( / ) berkaitan meklumat anda pada ruang yang disediakan.
1. UMUR
20-30 tahun (
)
31-50 tahun (
)
Lain-lain:__________________
2. WARGANEGARA
Malaysia ( ) India ( )
Cina (
) Lain-lain
Negara : ________________
3. BERAGAMA ( )
4. JANTINA
Lelaki : ( )
Perempuan : ( )
5. PEKERJAAN
Tidak bekerja : ( )
Bekerja : ( )
Lain-lain : _______________
6. STATUS
Berkahwin : ( )
Bujang
: ( )
Lain-lain : ______________
Bahagian B
Arahan : Sila tandakan ( / ) pada setiap
pilihan anda berpandukan kepada skala yang diberikan. Soalan-soalan tersebut
berkenaan dengan faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart.
•Pengurusan sumber manusia yang tidak mencukupi
YA ( ) TIDAK (
)
•Pengurusan masa yang tidak
sistematik
YA ( ) TIDAK (
)
•Kedudukan barangan yang tidak
teratur
YA ( )
TIDAK ( )
•Perkhidmatan yang disediakan tidak
mencukupi
YA ( )
TIDAK ( )
•Kurang pilihan barangan yang
disediakan
YA ( )
TIDAK ( )
•Kurang memberi layanan mesra kepada
pelanggan
YA ( )
TIDAK ( )
•Kurang mengambil kira kepentingan masyarakat dan
persekitaran
YA ( ) TIDAK (
)
•Banyak barangan yang telah tamat tempoh
dijual.
YA ( )
TIDAK ( )
•Harga barangan yang mahal.
YA ( )
TIDAK ( )
Bahagian C
Arahan : Silakan tandakan ( / ) pada
setiap pilihan anda berpandukan kepada skala yang diberikan. Soalan-soalan
tersebut berkenaan dengan kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart.
•Perniagaan kurang mendapat sambutan
dari masyarakat
YA ( )
TIDAK ( )
•Berlakunya masalah kekurangan
pelanggan
YA ( )
TIDAK ( )
•Berlakunya penglebihan stok
YA ( )
TIDAK ( )
•Pilihan masyarakat terhadap barangan
yang di sediakan sangat terhad
YA ( )
TIDAK ( )
•Pengurus perniagaan tidak mendapat
pulangan modal
YA ( )
TIDAK ( )
•Pengurus terpaksa meningkatkan kos
untuk pengurusan mempromosika kedai.
YA ( )
TIDAK ( )
•Mengurangkan kepercayaan pemborong
untuk membekalkan barang.
YA ( )
TIDAK ( )