Tuesday 18 June 2013

CONTOH KERJA KURSUS SEM 2 STPM

 PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PASARAYA D’MART : SATU KAJIAN DI GUGUSAN FELDA TERSANG

SINOPSIS
                                        
Kajian yang bertajuk – Persepsi masyarakat terhadap pasaraya D’Mart: Satu kajian di Gugusan Felda Tersang bertujuan untuk mengenal pasti tentang faktor kurang daya tarikan dan kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart. Lokasi kajian adalah di pasaraya D’Mart yang terdapat di Gugusan Felda Tersang. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden  dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat empat persoalan kajian pada bahagian A yang diutarakan dalam kajian ini iaitu jantina , umur , bangsa dan pekerjaan responden. Selain itu pada bahagian B pula ialah sebanyak sembilan soalan yang diutarakan iaitu soalan berkenaan dengan faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart. Manakala pada bahagian C ialah sebanyak tujuh soalan yang telah diutarakan juga berkaitan dengan aspek persoalan kajian iaitu soalan barkaitan dengan kesan kurang data tarika terhadap pasaraya d’mart. Data yang diperoleh dianalisis dan dinyatakan dalam bentuk peratusan.









ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
HALAMAN
1.
SINOPSIS
6
2.
KANDUNGAN
7
3.
SENARAI PETA
8
4.
SENARAI FOTO
8
5.
SENARAI RAJAH
8
6.
PENGHARGAAN
9
7.
(1.0) PENGENALAN
10
8.
(1.1) OBJEKTIF KAJIAN
11
9.
(2.0) LOKASI KAJIAN

12– 14

10.
(3.0) KAEDAH KAJIAN
(3.1) PERSAMPELAN
(3.2.1) DATA SEKUNDER
(3.2.2 ) DATA PRIMER
(3.3) TEKNIK PENGANALISAAN DATA
15-17






11.
(4.0) DAPATAN KAJIAN
(4.1) DEMOGRAFI RESPONDEN
(4.2) Analisis faktor kurang daya tarikan terhadap pasaraya d’mart             (4.3) Analisis kesan kurang daya tarikan tehadap pasaraya d’mart
18 – 28







12.
(5.0) RUMUSAN
29-30
13.
RUJUKAN
31
14.
LAMPIRAN
32-35


SENARAI PETA
No Peta                                                                                               Halaman

1.      Peta Gugusan Felda Tersang 1            ,2,3.                                               13

                                                   SENARAI FOTO  
No Foto                                                                                               Halaman

1.      Foto Pasaraya D’mart                                                                     14

SENARAI RAJAH 1
No Rajah                                                                                             Halaman
1.       Jantina                                                                                        18

2.      Pekerjaan                                                                                     19

3.      Umur                                                                                           20

4.      Status                                                                                          21

SENARAI RAJAH 2

No. Rajah                                                                                             Halaman
1.      Faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart                  22
2.      Kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart                   26



PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan izin dan  rahmat-Nya serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyelesaikan  tugasan ini dengan jayanya.Pertamanya, saya ingin melafazkan  ucapa penghargaan ini kepada guru pembimbing PRUT 2 yaitu,Cik.Nur Ashikin bt.Hj.Zakaria kerana dengan bantuan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan berjayanya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan dan penduduk Felda Tersang  yang memberi kerjasama dan bantuan kepada saya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka serta menjawab soal selidik yang telah saya edarkan kepada mereka.Akhir madah, saya juga ingin  mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam membantu saya ketika pembikinan kerja kursus ini.
Terima kasih.
            







1.0 PENGENALAN
Setiap Felda Tersang mempunyai pasaraya D’Mart . Pasaraya D’Mart merupakan pasaraya yang menyediakan kemudahan kepada penduduk di Felda Tersang dengan cara ambil barang dan bayar kemudian.Dengan cara ini secara tidak langsung dapat memudahkan penduduk untuk membeli barang tanpa perlu pergi ke Bandar Raub untuk membeli, namun masih ramai yang rasa tidak berpuas hati kerana terdapat kekurangan yang ada di pasaraya D’Mart.Kajian menjalankan tentang persepsi masyarakat terhadap pasaraya d’mart : satu kajian di Gugusan Felda Tersang
     Terdapat beberapa perkara yang telah menyebabkab berlakunya masalah  kurangnya daya tarikan dalam perniagaan D’Mart yang telah mengakibatkan kekurangan pelanggan. Antara faktor-faktor kurangnya daya tarikan ialah susun atur barangan dalam sesebuah premis perniagaan D’Mart.Hal ini kerana terdapat beberapa premis perniagaan lain di Felda Tersang seperti perniagaan koperasi dan perniagaan runcit yang turut mengalami masalah kurangnya daya tarikan.
     D’mart adalah sebuah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhidmatanya dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama. Selain itu d’mart juga menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya,wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan d’mart. D’mart memberi maklumat kepada rakyat umum khusunya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.d’mart juga berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.







1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat 2 objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun

1.1.1
Mengenalpasti faktor kurang daya tarikan  pasaraya d’mart  di Gugusan Felda Tersang,Raub Pahang.

1.1.2
Mengkaji tentang kesan kurangnya daya tarikan terhadap  pasaraya d’mart di Gugusan Felda Tersang,Raub Pahang.









2.0  LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan tanah pertanian yang terdapat di Daerah Raub Pahang. Anatara kawasan partanian yang terdapat di Daerah Raub Pahang ialah  Gugusan Felda Tersang,Raub Pahang Darul Makmur. Felda Tersang ini terletak di sempadan daerah Raub dan Daerah Kuala Lipis iaitu bersebelahan dengan tanah rancangan Felda Sungai Koyan,Kuala Lipis. Parjalanan yang akan diambil dari Felda Tersang ke Bandar Raub ialah lebih kurang tiga puluh minit,dari Felda Tersang ke Felda Sungai Koyan lima belas minit dan dari Felda Tersang ke Cameron Highlands ialah enam puluh minit.
     Berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi,pembangunan felda tersang 1 bermula pada tahun 1973 sehingga tahun 1979. Hal ini berlaku apabila seluas 2,049.72 hektar tanah telah diteroka bagi mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit sebagai tempat untuk dijadikan sumber pendapatan utama penduduk Felda Tersang 1.
     Pada September 1981,peneroka telah memasuki kawasan Felda,iaitu seramai 209 orang peneroka dan pada Disember 1982,diikuti dengan peringkat yang kedua iaitu seramai 91 orang peneroka.pada peringkat ketiga pula ialah November 1983,seramai 93 orang dan manakala pada peringkat keempat ialah pada Disember 1983 seramai 44 orang peneroka. Jumlah keseluruhan peneroka Felda Tersang 1 ialah seramai 437 orang. Penempatan seramai 437 peneroka Felda Tersang 1 adalah sangat terhad dan mengikut blok. Terdapat beberapa buah blok di Felda Tersang 1 dan setiap blok mempunyai seorang ketua yang dipanggil ketua blok, bertujuan bagi melancarkan pengurusan di Felda.
     Seterusnya, pembangunan Felda Tersang 2 pula bermula pada tahun 1974 sehingga tahun 1979 apabila seluas 1,133.33 hektar tanah dimajukan dengan penanaman kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk Felda Tersang 2.
     Peneroka yang memasuki Gugusan Felda Tersang 2 adalah mengikut peringkat seperti peneroka Felda Tersang 1. Kemasukan peringkat 1 adalah pada awal tahun 1984 iaitu seramai 90 orang peneroka telah memasuki tanah rancangan. Pada peringkat ke 2 pula ,iaitu pada akhir tahun 1984 seramai 80 orang peneroka. Seterusnya diikuti peringkat ke 3,pada tahun 1985 seramai 37 orang peneroka. Terakhir peringkat 4 pada tahun 1987 seramai 60 orang peneroka. Penempatan seramai 267 peneroka di Felda Tersang 2. Setiap blok terdapat seorang ketua dipanggil Ketua Blok, bertujuan bagi melancarkan pengurusan di Felda.
      Seterusnya, pembangunan Felda Tersang 3 pula bermula pada tahun 1975  sehingga 1979 apabila seluas 1.243.55 hektar tanah dimajukan dengan penanaman kelapa sawit yang telah menjadi sumber pendapatan utama penduduk Felda Tersang 3.
      Kemasukan peneroka di Felda Tersang 3 juga seperti kemasukan peneroka di Felda Tersang 1 dan 2 iaitu dengan cara mengikut peringkat. Kemasukan pada peringkat pertama ialah pada awal tahun 1988 iaitu seramai 97 orang peneroka telah memasuki tanah rancangan. Pada peringkat 2 pula ialah pada akhir tahun 1989 seramai 78 orang peneroka dan diikuti pada peringkat ke 3 pada tahun 1990 seramai 45 orang peneroka dan yang terakhir ialah pada peringkat ke 4 pada akhir tahun 1990 seramai 55 orang peneroka. Penempatan seramai 275 peneroka Felda Tersang 3 adalah sangat terancang dan mengikut blok. Setiap blok mempunyai seorang ketua yang dipanggil ketua blok,bertujuan bagi melancarkan pengurusan di Felda.
 
Peta 1 : Menunjukkan Tersang 1      Peta 2 : Menunjukkan Tersang 2      Peta 3 : Menunjukkan  Tersang 3                   





2.1 PASARAYA D’MART
Di Gugusan Felda Tersang terdapat sebuah pasaraya D’Mart yang terletak di Felda Tersang 3 dan bersebelahan dengan petronas Tersang. Kawasan pasaraya d’mart merupakan kawasan yang sangat strategik kerana kawasannya terletak di jalan utama Tersang dan terdapat beberapa buah kadai makan maka secara tidak langsung kawasan tersebut merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai tarikan yang sangat tinggi dari pelanggan namun kelemahan yang terdapat dalam pasaraya d’mart yang menjadi punca berlakunya kekurangan pelanggan. Keluasan tapak di pasaraya d’mart juga besar dan luas berbeza dengan keluasan tapak pasaraya koperasi yang terdapat di Gugusan Felda Tersang. Pada mulanya pasaraya d’mart terletak di hadapan deretan kedai runcit mara namun setelah sekian lama pasaraya d’mart ditutup pada tahun 2009 wujudnya sebuah pasaraya d’mart yang baru dibuka dan menyadiakan pelbagai kemudahan serta keperluan penduduk setempat. Pada mulanya di setiap  Felda Tersang terdapat sebuah pasaraya d’mart namun kini yang hanya berfungsi adalah pasaraya d’mart Felda Tersang 3 sahaja kerana kawasannya yang strategik untuk pelanggan. Buat pengetahuan umum di Felda Tersang terdapat tiga buah pasaraya d’mart,namun hanya satu sahaja yang masih dibuka dan yang dua lagi sudah ditutup kesan daripada kekurangan pelanggan serta kesan-kesan yang lain. Pasaraya d’mart yang masih di buka dan masih menjalankan aktiviti perniagaan adalah pasaraya d’mart yang terletak di Felda Tersang tiga bersebelahan dengan petronas Felda Tersang.
FOTO PASARAYA D’MART


3.0 KAEDAH KAJIAN
     Antara tujuan menyediakan kajian adalah untuk menghubung kaitkan persoalan atau objektif dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kuantitatif dan kualitatif  kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrumen borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (marsen et.al 1998). Oleh itu saya menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini.

3.1  PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab boring soal selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk tempatan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), di mana lebih kurang 20 merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab boring soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa  proses pemilihan responden adalah, mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kawasan kajian. Hal ini adalah kerana, mereka yang merasai perbezaan perniagaan francais dengan perniagaan lain. Selain itu, responden haruslah berumur 20 tahun dan ke atas kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

3.2  PENGUMPULAN DATA
3.2.1 DATA SEKUNDER
Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang faktor kurangnya daya tarikan dalam pasaraya D’mart yang berlaku di Malaysia. Data-data dan maklumat yang dapat saya kumpulkan itu sangat berguna dalam kajian saya ini. Tanpa data dan bukti-bukti kukuh, kajian ini akan dianggap lemah. Jika ada masalah, saya akan sentiasa berbincang dengan guru pengajian am  terlebih dahulu. Melalui rujukan di perpustakaan saya merasakan amat berpuas hati kerana terdapat banyak bahan yang saya dapat perolehi dan secara tidak langsung akan memudahkan lagi kajian saya di jalankan. Mencari maklumat di internet juga lebih memudahkan saya untuk mencari maklumat mengenai kajian yang saya jalankan.
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti faktor kurangnya daya tarikan dalam pasaraya D’mart. Kajian Tinjauan Pemerhatian ini di lakukan secara individu  Hanya maklumat yang paling sesuai yang akan dipilih. Saya  juga dapat merakamkan gambar pasaraya D’mart yang ditinjau tersebut.
3.2.2 DATA PRIMER
a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti faktor kurangnya daya tarikan dalam pasaraya D’mart. Kajian Tinjauan Pemerhatian ini di lakukan secara individu  Hanya maklumat yang paling sesuai yang akan dipilih. Saya  juga dapat merakamkan gambar pasaraya D’mart yang ditinjau tersebut
b) Temubual
 Seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk Felda Tersang untuk mengetahui pendapat dan pengetahuan mereka mengenai pasaraya D’mart. Temu bual dijalankan kepada penduduk Felda Tersang yang telah lama menetap di Felda Tersang kerana mereka lebih mengetahui tentang pasaraya D’mart. . Mereka telah diajukan beberapa soalan berhubung pelbagai perkara bagi mendapatkan pandangan mereka. Kesemua responden memberi kerjasama yang baik dalam kajian ini.
c) Borang soal selidik
Saya juga telah menyediakan 10 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk Felda Tersang yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran ).Soal selidik ini adalah merupakan kaedah yang utama dalam pengumpulan data.Penggunaan borang soal selidik ini memerlukan strategi yang berkesan untuk mereka cipta bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku sebarang masalah kepada mana-mana pihak yang terlibat.Kaedah ini juga adalah kaedah yang kerap digunakan oleh para pelajar untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan.Borang soal selidik ini hendaklah bersesuaian dengan  objektif serta rangka yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah difahami oleh setiap  responden.Hal ini supaya responden dapat memahami kehendak soalan semasa menjawab soalan dan mengelak daripada memberi jawapan yang kurang tepat.
3.3  TEKNIK PENGANALISAAN DATA
Data analisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, minda juga kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden.Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan,  disunting dan ditukarkan kepada angka.Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk carta pai,graf bar mudah dan jadual














4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada boring soal selidik yang telah dibuat dan diisi oleh para responden. Data yang telah dimasukkan telah dianalisis bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas seperti nilai peratusan,taburan kekerapan dan purata.
       4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
              4.1.1 JANTINA
Rajah 1 : Menunjukkan perbezaan mengikut jantina
Rajah 1 menunjukkan peratus responden yang telah dikaji berdasarkan jantina penduduk yang tinggal di Gugusan Felda Tersang. Purata peratus jantina yang paling tinggi ialah perempuan iaitu sebanyak 53% (16) daripada 30 orang responden dan seterusnya purata peratus jantina paling rendah ialah lelaki iaitu sebanyak 47%  (14) daripada 30 orang responden. Beza peratus antara jantina lelaki dan perempuan ialah sebanyak 6%,hal ini kerana terdapat ramai perempuan telah menjadi janda yang tinggal di Felda Tersang maka secara tidak langsung peratus bagi penduduk lelaki di Felda Tersang akan merosot sekiranya dibandingkan dengan peratus bagi penduduk perempuan di Felda Tersang. Kajian berdasarkan jantina ini dilakukan agar dapat mengetahui pendapat masing-masing mengenai faktor kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart yang terdapat di Felda Tersang. Perbezaan jantina dan individu yang akan mewujudkan pelbagai pendapat serta pandangan mengenai faktor-faktor tersebut. Melalui faktor serta kesan yang telah tersenarai dalam kertas soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk Felda Tersang maka secara tidak langsung akan memudahkan lagi responden-responden untuk  memberikan jawapan yang tepat pada ruangan ya atau tidak pada lampiran yang telah tersedia berdasarkan pendapat dan pandangan masing-masing.
4.1.2 PEKERJAAN
Rajah 2 : Menunjukkan perbezaan mengikut pekerjaan
Rajah 2 menunjukkan peratus jumlah responden yang telah dikaji berdasarkan perbezaan mengikut pekerjaan penduduk yang tinggal di Gugusan Felda Tersang. Purata peratus penduduk Felda Tersang yang bekerja ialah 40%  (12) daripada 30 orang responden manakala peratus bagi penduduk Felda Tersang yang tidak bekerja ialah 60% (18) daripada 30 orang responden. Berdasarkan rajah di atas peratus tertinggi ialah penduduk yang tidak bekerja, hal ini kerana di Felda Tersang kurang  peluang pekerjaan terutamanya bagi golongan perempuan. Purata peratus terendah bagi rajah 2 ialah penduduk yang bekerja namun terdapat juga sesetengah penduduk yang bekerja luar dari kawasan Felda Tersang seperti guru-guru yang menetap di Felda Tersang terpaksa bekerja di Sekolah Sungai Koyan,penduduk yang bekerja di kilang  seperti kilang sawit terpaksa pergi kekilang kampung Tersang dan penduduk selebihnya hanya bekerja di dalam kawasan Felda Tersang. Beza antara peratus bagi penduduk Felda Tersang yang bekerja dan tidak bekerja ialah 20%.Kajian berdasarkan pekerjaan ini dilakukan agar dapat mengetahui pendapat masing-masing mengenai faktor kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart yang terdapat di Felda Tersang. . Melalui faktor serta kesan yang telah tersenarai dalam kertas soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk Felda Tersang maka secara tidak langsung akan memudahkan lagi responden-responden untuk  memberikan jawapan yang tepat pada ruangan ya atau tidak pada lampiran yang telah tersedia berdasarkan pendapat dan pandangan masing-masing.



4.1.3 UMUR




Rajah 3 : Menunjukkan perbezaan mengikut umur
Rajah 3 menunjukkan peratus jumlah responden yang telah dikaji berdasarkan perbezaan mengikut umur penduduk di Gugusan Felda Tersang. Purata peratus tertinggi bagi umur penduduk Felda Tersang ialah lingkungan umur 31 hingga 50 tahun  iaitu sebanyak 57% (17) daripada 30 orang responden. Manakala purata peratus paling rendah ialah lingkungan umur 20 hingga 30 tahun iaitu sebanyak 43%  (13) daripada 30 orang responden. Beza antara peratus bagi umur penduduk yang tinggal di Felda Tersang ialah 14%,hal ini kerana terdapat ramai anak-anak muda di Felda Tersang yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun telah berhijrah ke luar bagi mencari pekerjaan dan ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi seperti di UITM Jengka,UUM Kedah dan lain-lain,justeru itu penduduk  yang masih tinggal di Felda Tersang hanyalah penduduk yang berumur lingkungan 31 hingga 50 tahun. Perbezaan umur ini yang akan menghasilkan perbezaan dari segi pendapat dan pandangan masing-masing. Kajian berdasarkan umur ini dilakukan agar dapat mengetahui pendapat masing-masing mengenai faktor kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart yang terdapat di Felda Tersang. Melalui faktor serta kesan yang telah tersenarai dalam kertas soal selidik yang telah diedarkan kepada penduduk Felda Tersang maka secara tidak langsung akan memudahkan lagi responden-responden untuk  memberikan jawapan yang tepat pada ruangan ya atau tidak pada lampiran yang telah tersedia berdasarkan pendapat dan pandangan masing-masing.


4.1.4 STATUS
Rajah 4 : Perbezaan mengikut status
Rajah 4 menunjukkan peratus jumlah responden yang telah di kaji berdasarkan perbezaan mengikut status penduduk yang tinggal di Gugusan Felda Tersang. Purata peratus paling tinggi berdasarkan rajah tersebut ialah status penduduk yang telah berkahwin iaitu sebanyak 53% (16) daripada 30 orang responden.selain itu purata peratus paling rendah ialah status penduduk yang belum berkahwin iaitu sebanyak 47% (14) daripada 30 orang respoden. Beza antara paratus bagi status penduduk yang telah berkahwin dan yang belum berkahwin ialah sebanyak 6%,hal ini kerana kebanyakan penduduk yang belum berkahwin mereka selalunya bekerja dan menetap di luar kawasan Felda Tersang. Terdapat segelintir daripada mereka yang sudah berkahwin dan mengikut pasangannya dan terdapat juga yang keluar daripada Gugusan Felda Tersang atas urusan kerja dan juga ingin menyambung pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi yang terdapat diseluruh Malaysian. Selain itu terdapat juga sesetengah penduduk yang berhijrah keluar kerana ingin mengubah taraf hidup,hal ini kerana mereka berpendapat bahawa dengan hidup di Gugusan Felda Tersang tidak akan dapat memberi kesenangan untuk hidup kerana pendapatan yang mereka dapat untuk setiap bulan tidak mencukupi bagi menyara hidup seisi keluarga,justeru mereka berhijrah keluar untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan untuk mengubah nasib hidup. Perbezaan status  ini yang akan menghasilkan perbezaan dari segi pendapat dan pandangan masing-masing. Kajian berdasarkan status ini dilakukan agar dapat mengetahui pendapat masing-masing mengenai faktor kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart

4.2 ANALISIS FAKTOR KURANG DAYA TARIKAN TERHADAP PASARAYA D’MART
RAJAH 1
Graf di atas menunjukkan perbezaan pendapat atau pandangan daripada masyarakat yang menetap di Gugusan Felda Tersang berkenaan dengan tajuk  yang telah disediakan di dalam kertas soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden yang merupakan keseluruhan respoden berasal dari  Gugusan Felda Tersang. Tajuk yang telah disediakan di dalam kertas soal selidik adalah berkenaan dengan faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart yang terdapat di Gugusan Felda Tersang. 
     Berdasarkan graf di atas terdapat  sembilan soalan yang telah dinyatakan dengan berpandukan soalan-soalan yang terdapat di dalam kertas soal selidik dan ternyata terdapat pelbagai keputusan yang telah dibuat oleh 30 orang responden.Selain itu, soalan berkenaan dengan harga barang yang mahal  merupakan soalan yang paling tinggi jumlahnya  bagi keputusan ya iaitu sebanyak 70% (21) berbanding dengan keputusan yang terendah ialah soalan pengurusan masa dan layanan mesra iaitu sebanyak 47% (14) ,justeru dapat dilihat bahawa harga barang yang mahal merupakan faktor utama bagi faktor  kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart. Selain itu jumlah tertinggi bagi keputusan tidak  ialah bagi soalan pengurusan masa dan layanan mesra iaitu sebanyak 53%  (16)berbanding dengan jumlah terendah bagi soalan harga barangan yang mahal dengan jumlahnya sebanyak  30% (9).
     Perbezaan bagi keputusan ya atau tidak  telah dirujuk berdasarkan semua hasil keputusan daripada kertas soal selidik yang telah ditanda oleh penduduk Felda Tersang. Jelaslah di sini bahawa masyarakat Tersang lebih ramai memilih keputusan tidak  bagi soalan yang berkenaan dengan pengurusan masa. Jumlah keputusan yang dapat dilihat adalah sebanyak 53% (16),hal ini kerana kebanyakan penduduk yang tinggal di Gugusan Felda Tersang berpendapat bahawa di pasaraya d’mart selalunya dibuka tepat pada waktunya namun terdapat juga segelintir penduduk yang membuat keputusan ya dengan jumlah sebanyak 47% (14)dan mereka berpendapat bahawa mereka sering meminta pekerja yang bekerja di pasaraya d’mart untuk menghantarkan barang yang dibeli namun sering sahaja berlaku masalah kelewatan penghantaran barang dan kesan daripada iulah yang membuatkan penduduk Felda Tersang berasa tidak berpuas hati.
      Soalan bagi kedudukan barang juga merupakan soalan yang sering dikaitkan dengan faktor kurangnya daya tarikan dalam pasaraya d’mart. Hal ini kerana kebanyakan penduduk Felda Tersang memilih keputusan ya dengan jumlahnya sebanyak 67% (20). Keputusan yang di buat oleh penduduk adalah berdasarkan apa yang dapat mereka lihat apabila setiap kali pergi membeli ke pasaraya d’mart. Ternyata kebanyakan daripada mereka merasakan tidak selesa apabila hendak membeli barang dan mereka berasa serabut untuk mencari barang kerana kedudukan atau penyusunan barang yang terdapat di pasaraya d’mart tidak teratur dan berselerak serta menyukarkan mereka untuk mencari barang yang ingin dibeli. Dapat dilihat juga bahawa masalah bagi soalan tempoh barangan juga mendapat keputusan ya yang lebih tinggi berbanding tidak. Beza jumlah bagi soalan tempoh barangan adalah bagi keputusan ya jumlahnya sebanyak 53% (16) dan bagi keputusan tidak   ialah sebanyak 47% (14) maka jelaslah disini bahawa kebanyakkan barang yang dijual di d’mart telah tamat tempoh namun masih dijual. Masalah barangan tamat tempoh ini adalah berpunca daripada kekurangan pelanggan dan juga penglebihan stok,apabila masalah seperti ini berlaku maka barang yang sedia ada akan tamat tempoh kerana tiada pelanggan yang ingin membeli.
     Dapat dilihat juga di pasaraya d’mart sering berlaku masalah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi yang telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan pelanggan,justeru wajarlah apabila di tanya di dalam kertas soal selidik berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan ramai penduduk Felda Tersang lebih memilih untuk menjawab ya berbanding tidak. Hal ini kerana,ramai penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan di pasaraya d’mart namun tidak mencukupi,justeru penduduk berasa tidak berpuas hati. Perkhidmatan seperti penghantaran barangan kerumah amatlah diperlukan oleh penduduk Felda Tersang terutamanya barangan yang dibeli berkuantiti berat seperti beras,tong gas dan sebagainya. Perkhidmatan seperti ini diperlukan kerana majoriti penduduk Felda Tersang sudah berusia dan tidak berupaya untuk membawa barangan-barangan tersebut dengan menggunakan kenderaan sendiri. Berdasarkan graf,peratus bagi jawapan ya atau tidak  berkenaan dengan masalah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi adalah, jawapan ya  mempunyai peratus sebanyak 63% (19) berbanding dengan jawapan tidak sebanyak 37% (11). Perbezaan peratus ini yang telah membuktikan bahawa kebanyakkan penduduk tidak berpuas hati dengan pasaraya d’mart.
     Selain itu, terdapat juga masalah kurang pilihan barangan yang disediakan,hal ini kerana ramai penduduk Felda Tersang yang selalu pergi ke pasaraya d’mart ingin membeli barang namun pasaraya d’mart tidak menyediakan barang tersebut dan telah menyebabkan wujudnya masalah kekurangan pelanggan. Apabila sesebuah premis perniagaan itu mempunyai masalah kurang pilihan barangan yang disediakan kepada pengguna maka secara tidak langsung akan membuatkan pelanggan kurang berminat untuk berkunjung ke premis perniagaan itu lagi. Paratus bagi masalah ini dapat dilihat di dalam graf yang telah disediakan iaitu bagi jawapan ya peratus bagi yang menjawab ya ialah sebanyak 57%  (17) dan peratus bagi yang menjawab tidak ialah sebanyak 43% (13). Jelaslah disini bahawa memang masalah kurang pilihan barangan sering berlaku dalam pasaraya d’mart.
     Selain daripada masalah kekurangan pilihan barangan timbul dalam masalah kekurangan pelanggan dalam pasaraya d’mart terdapat juga masalah kurang memberi layanan mesra kepada pelanggan yang datang membeli ke pasaraya d’mart dan masalah ini lah yang telah menyebabkan pasaraya d’mart kuarang mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat yang menetap di Gugusan Felda Tersang. Masalah seperti ini telah terbukti wujudnya dalam pasaraya d’mart apabila terdapat  responden yang menjawab ya dan ada juga yang menjawab tidak. Namun apabila di beri borang soal selidik kepada penduduk ramai yang memilih tidak  berbanding ya.  Peratus bagi yang menjawab ya ialah sebanyak 47% (14) dan bagi yang menjawab tidak  ialah 53% (16). Dalam pasaraya d’mart terdapat juga masalah pengurusan sumber yang tidak mencukupi seperti pekerja yang terdapat dalam pasaraya d’mart tidak ramai. Apabila masalah seperti ini wujud dalam pasaraya d’mart maka secara tidak langsung menyukarkan pelanggan untuk membeli di pasaraya d’mart. Masalah seperti ini dapat dilihat apabila pelanggan datang membeli terpaksa menimbang sendiri barang yang dibeli seperti bawang,kentang,lada kering,gula dan sebagainya kerana pekerja yang ada hanyalah bekerja di bahagian kaunter dan bahagian-bahagian seperti menimbang tiada. Masalah seperti ini berlaku mungkin disebabkan pengurus perniagaan ingin menyimpan bajet tanpa perlu membayar gaji pekerja yang ramai,justeru beliau lebih memilih untuk menyediakan sumber manusia yang sedikit tanpa perlu memikirkan kesan kekurangan sumber manusia terhadap sesebuah perniagaan itu . Peratus ya  atau tidak  bagi soalan yang berkaitan dengan masalah pengurusan sumber yang tidak mencukupi ialah 70% (21) bagi yang menjawab keputusan dalam ruangan ya dan sebanyak 30%  (9) bagi yang menjawab keputusan dalam ruangan tidak.
     Kesimpulanya adalah setiap faktor  yang wujud dan yang telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan pelanggan telah dibuat dangan berdasarkan segala apa yang telah terjadi di pasaraya d’mart Tersang. Setiap jawapan yang di berikan oleh penduduk Gugusan Felda Tersang adalah di buat dengan berdsarkan segala apa yang pernah mereka alami dan oleh kerana itu telah wujudnya segala pendapat dan pandangan yang berbeza daripada setiap individu.









4.3 ANALISIS KESAN KURANG DAYA TARIKAN TERHADAP PASARAYA D’MART
Rajah 2
Graf di atas menunjukkan perbezaan pendapat atau pandangan daripada masyarakat yang menetap di Gugusan Felda Tersang berkenaan dengan tajuk  yang telah disediakan di dalam kertas soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden yang merupakan keseluruhan respoden berasal dari  Gugusan Felda Tersang. Tajuk yang telah disediakan di dalam kertas soal selidik adalah berkenaan dengan kesan  kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart yang terdapat di Gugusan Felda Tersang
     Berdasarkan graf diatas soalan bagi barangan terhad iaitu merupakan soalan yang mencapai keputusan tertinggi dalam keputusan ya iaitu jumlah bagi soalan tersebut adalah 70% (21) berbanding dengan keputusan bagi soalan kekurangan pelanggan dan tingkatkan kos  yang mempunyai jumlah sebanyak 53% (16). Berdasarkan keputusan tersebut maka ternyatalah soalan bagi pilihan masyarakat terhadap barangan yang disediakan sangat terhad merupakan kesan utama bagi kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart,hal ini kerana jumlah masyarakat yang menetap di Gugusan Felda Tersang ramai bilangannya dan sekiranya pasaraya yang terdapat di Gugusan Felda Tersang menyediakan barangan jualan yang sedikit dan tidak menepati jumlah bilangan masyarakat yang ada di Felda Tersang,maka secara tidak langsung masyarakat sendiri akan berasa tidak berpuas hati dan akan wujudlah masalah barangan terhad. Selain itu jumlah soalan tertinggi bagi keputusan tidak  ialah tingkatkan kos iaitu jumlahnya sebanyak 47%  (14)berbanding dengan keputusan terendah ialah bagi soalan barangan terhad iaitu jumlahnya sebanyak 30% (9).
     Selain itu bagi masalah tiada pulangan modal kebanyakkan penduduk lebih memilih keputusan ya,hal ini kerana apabila sesebuah perniagaan tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan maka secara tidak langsung perniagaan tersebut akan mengalami masalah kekurangan modal atau tiada pulangan modal untuk meneruskan lagi perniagaannya. Masalah seperti ini selalunya pengurus perniagaan yang akan menanggung risiko dan akan menanganinya dengan cara tersendiri. Seterusnya bagi soalan mengenai kurang kepercayaan pemborong,ramai penduduk Gugusan Felda Tersang lebih memilih untuk membuat keputusan ya berbanding tidak. Jumlah bagi keputusan ya ialah sebanyak 67% ( 20) dan jumlah bagi keputusan tidak  ialah sebanyak 33% (10). masalah kurang kepercayaan pemborong ini wujud adalah kesan daripada masalah yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan pasaraya tersebut seperti apa yang sedang berlaku di Gugusan Felda Tersang iaitu masalah kurang daya tarikan bagi pasaraya d’mart. Apabila masalah seperti ini wujud bagi sesbuah perniagaan maka secara tidak langsung pemborong-pemborong yang memborong barangan kepada sesebuah pasaraya akan mengalami ketidakpercayaan terhadap perniagaan tersebut kerana bimbang akan merugikan syarikat pemborong,justeru setiap masalah yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada setiap pemborong.
     Seterusnya bagi masalah berkenaan dengan soalan penglebihan stok, kebanyakan  penduduk yang menetap di Gugusan Felda Tersang lebih memilih keputusan ya berbanding keputusan tidak. Jumlah bagi keputusan ya ialah 57% (17) dan jumlah bagi keputusan tidak  ialah 43% (13). Masalah seperti ini akan wujud apabila sesebuah premis perniagan kurang mendapat sambutan daripada masyarakat dan kekurangan tersebut yang akan membuatkan barang yang ada di premis tersebut berlebihan kerana tiada pelanggan yang membeli,justeru pihak pengurusan perlulah melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini. Apabila berlakunya masalah penglebihan stok maka akan wujudlah masalh kekurangan barangan yang disediakan kerana pengurus mungkin tidak akan mengambil lagi barangan untuk perniagaannya. Apabila masalah seperti ini berlaku dalam sesebuah organisasi maka perniagaan tersebut secara tidak langsung akan mengalami kerugian yang berlipat kali ganda berbanding keuntungan yang sepatutnya mereka perolehi daripada perniagaan tersebut. Maslah penglebihan stok ini juga akan menyebabkan sesebuah perniagaan atau organisasi mengalami masalah pulangan modal hal ini kerana apabila barangan yang disediakan tidak mendapat sambutan maka pengurus perniagaan tidak mendapat pulangan modal hasil daripada pengeluaran modal untuk menyediakan stok-stok tersebut.
     Berpandukan graf yang telah tersedia maka peratus bagi penduduk Felda Tersang yang menjawab ya bagi soalan berkenaan dengan pengurus perniagaan terpaksa meningkatkan kos untuk tarikan pelanggan ialah sebanyak 53% (16) berbanding dengan penduduk Felda Tersang yang menjawab tidak  ialah sebanyak  47% (14). Apabila sesebuah perniagaan itu mengalami masalah kekurangan pelanggan maka memang wajarlah bagi sesebuah perniagaan tersebut mengeluarkan atau meningkatkan lagi kos bagi menarik semula perhatian pelanggan untuk berkunjung ke premis perniagaannya. Kos yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk menarik pelanggan dengan cara membuat penambahbaikan dalam premis seperti menyusun atur barangan,memperbesarkan lagi ruangan dalam premis, menyediakan label-label bagi setiap rak barang dan sebagainya. Selain itu pengurus perniagaan juga terpaksa mengeluarkan kos untuk mambuat iklan untuk perniagaannya seperti membuat kain rentang dan digantungkan di tepi-tepi jalan, menyiarkan iklan didalam rancangan-rancangan televisyen,surat khabar dan sebagainya. Bagi membuatkan iklan seperti ini yang memerlukan kos tinggi serta pengurus perniagaan perlu bijak mengatur dan merancang strategi. Kerana sekiranya pengurus tidak mampu membuat perancangan yang bijak untuk sesebuah oganisasi atau perniagaan maka semua kos yang dikeluarkan hanya sia-sia dan hanya mendatangkan kerugian yang berlipat kali ganda.
     Kesimpulanya adalah setiap kesan yang wujud dan yang telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan pelanggan telah dibuat dangan berdasarkan segala apa yang telah terjadi di pasaraya d’mart Tersang. Setiap jawapan yang di berikan oleh penduduk Gugusan Felda Tersang adalah di buat dengan berdsarkan segala apa yang pernah mereka alami dan oleh kerana itu telah wujudnya segala pendapat dan pandangan yang berbeza daripada setiap individu.

5.0 RUMUSAN
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti  faktor yang menyebabkan berlakunya kekurangan pelanggan bagi pasaraya d’mart yang terdapat di Gugusan Felda Tersang serta persepsi masyarakat terhadap pasaraya tersebut. Bagi memperoleh persepsi masyarakat terhadap kajian yang telah dijalankan maka  kertas soal selidik telah diedarkan kepada para responden untuk mendapatkan maklum balas yang boleh memenuhi objektif kajian. Soal selidik dibahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A yang mengenai biodata diri responden dan bahagian B mempunyai item-item soalan berdasarkan faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart dan seterusnya pada bahagian C mempunyai item-item soalan berdasarkan kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart. Jawapan responden mengikut Skala Likert iaitu dari amat tidak setuju hingga amat setuju. Data yang telah dikumpul kemudiannya  dianalisis untuk mendapatkan keputusan terhadap kajian yang dijalankan. Penganalisaan maklumat adalah dibuat secara menggunakan Microsoft Excell bagi mendapatkan peratusan untuk setiap item. Semua item bagi setiap soalan kajian kemudiannya dikumpulkan dan dikirakan purata peratusan keseluruhannya. Dari peratusan yang didapati, dapat dinyatakan pengaruh setiap faktor kepada peniaga yang dikaji.
     Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada separuh responden adalah perempuan.Kebanyakan responden memang berasal daripada  Gugusan Felda Tersang. Hampir separuh daripada responden berumur antara 31 hingga 50 tahun dan bertaraf pendidikan SRP atau PMR. Selain itu hampir separuh daripada responden yang tidak bekerja dan hampir separuh juga responden yang sudah berkahwin yang majoritinya menetap di Gugusan Felda Tersang. Secara keseluruhannya, hasil dapatan soalan kajian 1 menunjukkan majoriti responden setuju bahawa pengurusan sumber manusia  yang tidak mencukupi dan harga barang yang mahal mendorong kepada berlakunya masalah kekurangan pelanggan bagi pasaraya d’mart. Item yang mempunyai peratusan yang terendah jikadibandingkan dengan item lain ialah item 2 dan 6, iaitu pengurusan masa yang tidak sistematik dan kurang memberi layanan mesra kepada pelanggan.. Item 7 mempunyai peratusan yang ke dua terendah jika dibandingkan dengan item lain, iaitu hampir separuh daripada penduduk Gugusan Felda Tersang  setuju bahawa pasaraya d’mart kurang mengambil kira kepentingan masyarakat dan persekitaran.
     Hasil dapatan keseluruhan soalan kajian 2 menunjukkan majoriti responden setuju bahawa kesan daripada kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart telah menyebabkan pasaraya tersebut kekurangan pelanggan. Antara kesan-kesan yang terdapat dalam kertas soal selidik ialah terdapat enam kesan iaitu perniagaan kurang mendapat smbutan dari masyarakat,berlakunya masalah kekurangan pelanggan,berlakunya penglebihan stok,pilihan masyarakat terhadap barangan yang disediakan sangat terhad,pengurus perniagaan terpaksa meningkatkan kos untuk pengurusan mempromosikan kedai serta mengurangkan kepercayaan pemborong untuk membekalkan barang. Kesan ini mencapai peratusan yang paling tinggi berbanding dengan 5 kesan yang lain. Item yang mendapat peratusan yang tertinggi ialah item 4, iaitu majoriti penduduk Felda Tersang  setuju bahawa pilihan masyarakat terhadap barangan yang disediakan sangat terhad merupakan kesan utama yang akan berlaku apabila kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart.
     Secara keseluruhannya, soalan kajian 3 menunjukkan majoriti responden tidak setuju bahawa layanan mesra pekerja-pekerja pasaraya d’mart yang telah mendorong berlakunya kekurangan daya tarikan dalam pasaraya d’mart di Felda Tersang. Hal ini kerana pekerja-pekerja yang bekerja di pasaraya d’mart semuanya peramah dan mesra dengan pelanggan.kesan bagi soalan berkenaan dengan barangan terhad  merupakan kesan  yang paling rendah bagi menunjukkan penduduk tidak bersetuju bahawa barangan terhad merupakan kesan yang terjadi daripada masalh kekurangan daya tarikan dalam pasaraya d’mart.. Item 2 dan 6 mencapai peratusan yang tertinggi, majoriti responden yang dikaji tidak setuju bahawa kesan yang akan berlaku daripada kurang daya tarikan dalam pasaraya d’mart adalah berlakunya masalah kekurangna pelanggan dan pengurus sesebuah organisasi terpaksa meningkatkan kos untuk pengurusan mempromosikan kedai. Item 4  mencapai peratusan yang terendah, iaitu lebih daripada separuh responden tidak setuju bahawa pilihan masyarakat terhadap barangan yang disediakan sangat terhad kerana pada pendapat mereka pasaraya  d’mart menyediakan banyak barang untuk pelanggan.





RUJUKAN
Abdul RahimEt Al,Teng Yoon Soon,Lok Chung Hwa dan Abdullah Munsi Bin Abdul Rahim,1999 Pengajian Perniagaan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cheng Wei Hin,Haslinda bte Mohd.Anuar dan Nazlina bte Zakaria,2003 Pengajian Perniagaan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar Pet dan Rafidah Manap,2012. Pengajian Perniagaan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rafidah Manap dan Mokhtar Pet,2013 Pengajian Perniagaan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Amri,1997.Pengajian Perniagaan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.












LAMPIRAN
Unit Pengajian Am
Pengurusan Prauniversiti
SMK LKTP Tersang
27600 Raub,Pahang
SOAL SELIDIK
Tuan,Puan,Cik sekalian.
Soal selidik yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor kurang daya tarikan dan kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart di Felda Tersang. Diharapkan tuan,puan,cik dapat memberikan kerjasama dengan jujur dan ikhlas agar kajian ini dapat dihasilkan dengan sempurna. Sila baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan-soalan tersebut.Semua maklumat yang diberikan adalah rahsia dan hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja. Di atas kesudian tuan,puan,cik melibatkan diri serta memberikan kerja sama dalam menjawab soal selidik ini di dahului dengan ucapan terima kasih.

Selamat menjawab.



Bahagian A
Sila tandakan ( / ) berkaitan meklumat anda pada ruang yang disediakan.
1.            UMUR
20-30 tahun (   )
31-50 tahun (   )
Lain-lain:__________________

2.            WARGANEGARA
Malaysia (   )                 India (    )
Cina (    )                      Lain-lain Negara : ________________

3.            BERAGAMA (                                )

4.            JANTINA
              Lelaki : (   )
              Perempuan : (   )

5.            PEKERJAAN
Tidak bekerja : (   )
Bekerja : (   )
Lain-lain : _______________

6.            STATUS
Berkahwin : (   )
Bujang  : (   )
Lain-lain : ______________



Bahagian B
Arahan : Sila tandakan ( / ) pada setiap pilihan anda berpandukan kepada skala yang diberikan. Soalan-soalan tersebut berkenaan dengan faktor kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart.


•Pengurusan sumber manusia yang tidak mencukupi                             
                  YA (      )     TIDAK (     )
•Pengurusan masa yang tidak sistematik     
                   YA (     )     TIDAK (     )
•Kedudukan barangan yang tidak teratur     
                  YA (     )     TIDAK (     )
•Perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi
                   YA (     )    TIDAK (     )
•Kurang pilihan barangan yang disediakan    
                   YA (     )    TIDAK (     )
•Kurang memberi layanan mesra kepada pelanggan    
                   YA (     )    TIDAK (     )
•Kurang mengambil kira kepentingan masyarakat dan persekitaran      
                   YA (     )    TIDAK (     )
•Banyak barangan yang telah tamat tempoh dijual.     
                   YA (     )    TIDAK (     )
•Harga barangan yang mahal.    
                   YA (     )    TIDAK (     )




Bahagian C
Arahan : Silakan tandakan ( / ) pada setiap pilihan anda berpandukan kepada skala yang diberikan. Soalan-soalan tersebut berkenaan dengan kesan kurang daya tarikan dalam pasaraya D’Mart.


•Perniagaan kurang mendapat sambutan dari masyarakat    
                YA (     )    TIDAK (     )
•Berlakunya masalah kekurangan pelanggan    
                 YA (     )    TIDAK (     )
•Berlakunya penglebihan stok   
                 YA (     )    TIDAK (     )
•Pilihan masyarakat terhadap barangan yang di sediakan sangat  terhad   
                 YA (     )    TIDAK (     )
•Pengurus perniagaan tidak mendapat pulangan modal   
                YA (     )    TIDAK (     )
•Pengurus terpaksa meningkatkan kos untuk pengurusan mempromosika  kedai.
                 YA (     )    TIDAK (     )
•Mengurangkan kepercayaan pemborong untuk membekalkan barang.    
                 YA (     )    TIDAK (     )










                                                                                                                                                            












No comments:

Post a Comment